Tuesday, November 3, 2009

KEHEBATAN BISMILLAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibrilapabila datang kepadaku, yang pertama diberikannyakepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. ) Sabda Rasulullahs.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lainantara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putihmata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya."Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanyaoleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah. SabdaBaginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah.Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semuapembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahirrahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnyaBismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasykerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan,tunduklah segala jin dan bergetar segala planet.Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." DariAbu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma:"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi,mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapamembaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuhyakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahajaia tidak dapat mendengarnya

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapamengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laahaula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim,Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran,dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii danAts-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapaingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah diamengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. KeranaAllah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'udr.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapamembaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000darjat."

Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka.Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian,ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkanBismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabis.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis ertiBismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun,mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."

Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaumyang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya,adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahirrahmaanir rahiimi."

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlahBismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnyaMalaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telahbersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya,lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimidan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak,tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untukselama-lamanya."

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asrorbahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh paraNabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam KitabTaurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil,300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 namadisebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahirrahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimiitu ada sembilan belas huruf dan Malaikat-Malaikatpenjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka,barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan MalaikatZabbaniah.

Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahirrahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta,diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).

No comments:

Post a Comment

HARI BAHAGIA