Monday, January 18, 2010

Read These Beautiful Lines:

To realize the value of ten years:
Ask a newly divorced couple.
To realize the value of four years:
Ask a graduate.
To realize the value of one year:
Ask a student who has failed a final exam.
To realize the value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born.
To realize the value of one month:
Ask a mother who has given birth to a premature baby.
To realize the value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.
To realize the value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to meet.
To realize the value of one minute:
Ask a person who has missed the train, bus or plane.
To realize the value of one-second:
Ask a person who was survived an accident...
To realize the value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics
Time waits for NO ONE!Treasure every moment you have.
You will treasure it even MORE when you can share it
with someone special,
your husband, your wife,
your friend or even your enemies
& let them think about this;
To realize the value of a friend:
When U Already Lose One.

Thursday, December 17, 2009

KAKI JALAN

Cuti-cuti....heheh...apalagi jalan2 la makan angin.dah memang kaki jalan.pntang cuti je....

* Penang*

Monday, November 16, 2009

Kita yang dilahirkan di antara tahun 1973-1984...

1973-------1984
Mengingati kisah sekolah
KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984..

MESTI KORANG INGAT NI...Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan...kan?semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'.

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan.
budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,ygWestlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...
dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiaphari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...
tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..mgkin ada di antara kita mengalirkan air mata..yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..

sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Saturday, November 14, 2009

COUPLE OF THE YEAR...!!!! hehehe




Raya 2009



Tahun ni beraya kat rumah mak dan abah kat sg siput...thn depan beraya plak kat kg suami kat selama, perak.bergilir2 le kita ek....

Niza dan suami tercinta.....

Anak sedara yang baru dapat kaki....hehehe...muhammad aqil raziq.

Saturday, November 7, 2009

Hadis: 15 perkara mengundang bencana

DIRIWAYATKAN oleh at-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana, iaitu:
· Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang yang tertentu saja.
· Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa).
· Apabila sesuatu yang diamanahkan, menjadi milik sendiri.
· Apabila suami terlalu mentaati isteri.
· Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
· Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
· Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
· Apabila lebih ramai berbicara mengenai hal keduniaan dalam masjid.
· Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
· Apabila seseorang itu dimuliakan kerana takutkan tindakan buruknya.
· Apabila arak menjadi minuman biasa.
· Apabila lelaki memakai sutera.
· Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
· Apabila wanita memainkan alat muzik.
· Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang sangat dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu, adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.Oleh itu, wajar untuk kita kembali kepada amalan dituntut oleh Islam bagi memastikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Tuesday, November 3, 2009

10 sikap wanita yang diminati lelaki

Sekadar renungan buat kita semua...

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita
ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki sukadihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanitamembuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon danpendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dancara berhadapan dgn orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasibyg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

HARI BAHAGIA